Friday, January 28, 2011

Alva Noto - innocence (unitxt remodel twelve inch remix) - Björk

pabila si otak lebam A mengadun semula karya si otak lebam B.
tak pernah mengecewakan... Enjoy!

Orang Sohor

aneh betul orang sohor,

kata dua patah dh ramai histeria,

senyum sumbing pujian bertalu,


kepandiran dibalas sorakan,

ketaksuban tak masuk akal,

buanglah perangai buruk tu,


musim tengkujuh kembali,

hargai kipas kita,

org kaya berpendingin hawa,

tak perlu kipas murah rumah kita,

tak ada maknanya,


"wali keramat tak pernah khianat"

dia makan nasi bukan makan bintang,

benar dan salah berganti-ganti,

kadang tepat kadang tersasar,


"apa salahnya kami memuja?

sokongan kami tiada kompromi"


puji dan puja ada lunasnya,

jangan puja sampai kecewa.

Saturday, May 15, 2010

foto Silhouette

aku suka grafik-grafik silhouette, dulu kalau nk tangkap gambaq mesti aku pilih time awal pagi atau lewat petang sebab nak dapatkan imej silhouette yang cantik, tapi skg malas dh nk buat benda tu, mungkin sebab kurang kelengkapan canggih & kurang pengetahuan tntang gejet-gejet fotografi, hmm... kadang-kadang rasa tak puas hati & tak konfiden dengan hasil gambar tu...

antara gambar-gambar yg pernah aku hasilkan dengan sedikit sentuhan photoshop :








"Lali"


salah satu hasil dari latihan menyusun beat... Ditulis sekitar tahun 2007 visual disunting dari filem eksperimental berjudul "Et-Cetera" (1966) oleh Jan Švankmajer dari Czech Republic. aku kenal Jan Švankmajer sejak 2007, filem pertama dia yg aku tgk bertajuk "Jidlo" (food), terus aku tertarik, mmg psycho org tua ni, dia terkenal dgn eksperimentasi didalam genre animasi Stop-Motion & Claymation

Thursday, May 13, 2010

Rindu (alchemix)



tajuk asalnya adalah "missuagain", pada awalnya ia cuma komposisi midi piano, kemudian diadun semula melalui peringkat naik taraf tahap kedua, visual disunting dari video "Time Lapse Milky Way at Hakuba Lake" oleh mockmoon2000

Sebarang Informasi sila rujuk :